Bagi anda yang meminati permainan percuma, kini, anda boleh dapatkan dua lagi permainan untuk komputer anda bagi tempoh yang terhad. Dua permainan berkenaan adalah Stronghold HD dan juga A.D 2044 – dan ditawarkan secara percuma melalui platform GOG.
Stronghold HD merupakan salah satu permainan berbentuk strategi, memerlukan anda membina bandar dan ketahanan, serta melindungi bandar dan penduduk anda daripada diserang pihak musuh. Ia mengambil latar tempat di Eropah silam, dan menawarkan empat mod permainan berbeza, serta 21 misi permainan perseorangan yang menarik. Anda turut boleh bermain bersama rakan-rakan lain melalui LAN menggunakan permainan ini.
A.D 2044 pula merupakan permainan berbentuk aksi, dimana ia mengambil latar kisah dimana kaum wanita ingin menghapuskan kaum lelaki – dan anda sebagai antara lelaki terakhir didunia perlu mengelak daripada pelbagai serangan dan menyelamatkan diri anda.
Kedua-dua permainan ini ditawarkan secara percuma melalui GOG untuk tempoh 48 jam ini.
[download]Muat-Turun Stronghold HD dan AD 2044[/download]