Skip to main content

Nintendo mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan sidang media khas secara langsung di laman Youtube berkenaan permainan Animal Crossing. Sidang media tersebut bakal berlangsung pada 25 Oktober jam 11 pagi (Waktu Malaysia).

Nintendo menyatakan sidang media tersebut tidak akan mengandungi berkenaan permainan Animal Crossing di Switch mahupun di 3DS. Sidang media tersebut akan hanya memfokuskan Animal Crossing untuk peranti telefon pintar sahaja.

Untuk menonton acara sidang media tersebut, anda boleh menontonnya di laman rasmi Nintendo ataupun di saluran Youtube rasmi Nintendo pada jam 11 pagi 25 Oktober ini.

Leave a Reply