Nintendo bersama Atlus akhirnya mengumumkan siri permainan terbaru buat Shin Megami Tensei iaitu Shin Megami Tensei V. Sebelum ini siri permainan Shin Megami Tensei dilancarkan di 3DS, termasuklah Shin Megami Tensei IV. Ini merupakan siri pertama bagi Shin Megami Tensei untuk tiba di Nintendo Switch.

Asalnya permainan ini diacah ketika Januari lepas ketika sidang media Nintendo Switch. Buat masa sekarang, Nintendo dan Atlus masih belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut dan sama ada ia akan tibal buat pasaran global. Namun begitu, trailer tersebut memaparkan suasana yang seram dan kawasan Jepun moden.

Bagi mereka yang meminati siri permainan Shin Megami Tensei, apakah pendapat anda berkenaan pengumuman ini? Jangan lupa untuk memberi komen dibawah.

Sohor Kini