Informasi Permainan Video Terkini
Promosi Mingguan PSN – The Surge

Promosi Mingguan PSN – The Surge

Diterbitkan pada Okt 21, 2017 oleh .

Minggu ini bermula dari 20 Oktober sehingga 26 Oktober ini, anda boleh mendapatkan permainan The Surge pada hanya RM167.30 di PSN Store berbanding harga asalnya RM239. Bagi anda yang melanggani Playstation Plus pula, anda bakal mendapat tambahan diskaun dengan harga hanyalah RM143.40.

The Surge adalah permainan aksi pengembaraan oleh Deck13 Interactive. Permainan ini dilancarkan pada Mei yang lepas dan ia merupakan pengganti buat permainan yang dibangunkan oleh pembangun yang sama iaitu The Lords Of The Fallen dan merupakan permainan yang diinspirasi daripada siri permainan Dark Souls.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan ini dengan harga yang murah sekarang di PSN Store.

Jualan Promosi Mingguan : The Surge