Informasi Permainan Video Terkini
The Major League Championed By Celcom – Sesi Temu-Ramah Bersama Pasukan Pesaing

The Major League Championed By Celcom – Sesi Temu-Ramah Bersama Pasukan Pesaing

Diterbitkan pada Okt 21, 2017 oleh .

Sempena kejohanan The Major League Championed By Celcom yang berlangsung minggu ni, kami di Aksiz berkesempatan untuk menemu-ramah lapan pasukan yang bakal bertempur bagi kejohanan tersebut untuk hadiah bernilai RM300,000 di EduCity Indoor Arena, Iskandar Puteri, Johor.

Pasukan Execration

Apakah pendapat anda berkenaan kejohanan The Major League?

Kami berharap ia menjadi satu kejayaan, dan acara kejohanan yang kami sertai sebelum ini agak mengecewakan, jadi kami berharap kejohanan ini lebih baik.

Apakah pendapat anda berkenaan kemudahan yang disediakan oleh Academy Of Esports (AEOS)?

Menarik dan kami suka dengan segala kemudahan yang disediakan. Akan tetapi kemungkinan bilangan PC kurang mencukupi, walaubagaimana pun kami rasa selepas jadual latihan dikeluar, ia cukup untuk semua pasukan untuk berlatih.

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Kami berharap untuk berpeluang untuk bertempur dengan EVOS dan Fnatic.

Pasukan High Ground

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Kami berharap untuk berpeluang untuk bertempur dengan Fnatic.

Apakah pendapat anda berkenaan kejohanan The Major League Championed By Celcom dan berpeluang untuk menyertainya selepas memenangi pusingan kelayakan?

Kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan terbesar tempatan, dan bagi kami ini adalah konsep yang menarik di Iskandar Puteri Johor. Kami juga berbesar hati untuk menyertai kejohanan ini.

Apakah nasihat anda untuk pemain-pemain lain untuk mencuba jadi pemain professional?

Jika kamu ada semangat dan minat untuk melakukannya, anda perlu mencubanya dengan sedaya upayanya, jika tidak anda hanyalah membuang masa anda sahaja.

Pasukan EVOS

Apakah pendapat anda berkenaan kejohanan The Major League Championed By Celcom?

Kami amat teruja kerana berpeluang untuk menyertai kejohanan ini, terutamanya berpeluang untuk bertempur dengan pasukan-pasukan daripada Asia Tenggara.

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Kami berharap untuk bertempur dengan pasukan IG Vitality dan juga pasukan High Ground.

Bagaimana persediaan anda untuk kejohanan ini?

Kami berlatih setiap hari bersama jurulatih seperti biasa, selalunya dalam 6 hari seminggu dengan beberapa sesi setiap hari.

Bagaimana keadaan E-Sukan di Indonesia?

Di Indonesia acara E-Sukan semakin mengembang, termasuklah dengan sokongan kerajaan. Terdapat banyak juga pasukan-pasukan lain yang berjaya mendapat ke pusingan kelayakan mewakili Asia.

Pasukan IG Vitality

Apakah pendapat anda berkenaan kejohanan The Major League Championed By Celcom?

Setakat ini, kami sangat seronok dengan kemudahan dan kerjasama antara staf-staf yang sering membantu kami. Kami juga selesa berada di sini. Sememangnya ini adalah pertama kali kami berada di Malaysia dan kami sangat seronok berada di sini.

Bagaimana persediaan anda untuk kejohanan ini?

Kami tidak bersedia dengan banyak kerana sebelum kami tiba ke Malaysia, kami menyertai satu kejohanan. Walaubagaimana pun kami akan mencuba dengan baik.

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Kami berharap untuk bertempur dengan pasukan Fnatic kerana mereka adalah pasukan yang sangat kuat dan kami berharap untuk berpeluang bertempur bersama mereka.

Apakah nasihat anda untuk pemain-pemain lain untuk mencuba jadi pemain professional?

Jika kamu ingin menjadi pemain professional, anda perlu sering bermain dan belajar bagaimana untuk berkomunikasi bersama pasukan.

Pasukan Clutch Gamers

Apakah pendapat anda berkenaan komuniti e-sukan di Malaysia termasuklah kemudahan yang disediakan oleh AEOS?

Kami berasa kemudahan yang disediakan sangat menarik, ia memberi peluang kesemua pemain untuk berada di satu tempat secara bersama sekaligus berlatih sesama dan berseronok bersama.

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Kami berharap untuk bertempur dengan pasukan dari Cina, sebab kami belum pernah bertempur dengan mereka.

Bagaimana persediaan anda untuk kejohanan ini?

Kami hanya bermain Dota 2 dengan banyak. Selalunya 8 hingga 10 jam sehari.

Pasukan Fnatic

Apakah pendapat anda berkenaan e-sukan di Malaysia?

E-sukan di Malaysia sememangnya semakin mengembang. Kebanyakkan pemain dan juga masyarakat sudah mula mengambil e-sukan secara serius. Kami juga terkejut bagaimana kebanyakkan orang semakin mengenali kami daripada Fnatic.

Bagaimana persediaan anda untuk kejohanan ini?

Kami selalunya bermain seperti biasa, dengan 10 jam latihan, selalunya 4 hingga 6 sesi permainan.

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Kami berharap untuk bertempur dengan pasukan High Ground.

Pasukan EHome

Apakah pendapat anda berkenaan kejohanan The Major League Championed By Celcom?

Lokasi di sini agak menarik, dan ini sememangnya pertama sekali kami di Johor. Kami tak sabar untuk mula bertempur di kejohanan ini.

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Kami berharap untuk bertempur dengan pasukan Fnatic.

Watak apakah yang anda rasa akan dipilih oleh kebanyakkan pemain ketika kejohanan ini?

Kami berasa watak Necrolyte dan Monkey King. Walaupun ramai pasukan lain merasa watak Venomancer adalah watak paling ramai dipilih, kami berasa watak itu adalah watak paling teruk untuk dipilih.

Pasukan Warriors Gaming Unity

Apakah pendapat anda berkenaan komuniti e-sukan di Malaysia?

Kami berasa ia sangat menarik, komuniti sini sangat kuat dengan sokongan-sokongan orang ramai. Terdapat banyak pemain-pemain yang kuat disini dan kami berminat untuk melihat pasukan mana yang bakal memenangi kejohanan ini.

Pasukan apakah yang anda berharap untuk bertempur kelak?

Secara jujurnya kami tak pasti, kerana kami masih lagi masih baru, kami tidak sempat untuk menyelidik pasukan lain, disebabkan kami masih lagi menyelesaikan masalah pasukan kami sendiri. Walaubagaimana pun, mana-mana pasukan yang bakal kami bertempur, ia mungkin memberi kami cabaran dan kami akan mencuba dengan baik.

Bagaimana persediaan anda untuk kejohanan ini?

Secara jujurnya kami tidak sempat untuk membuat banyak persediaan, kami juga tidak sempat untuk berlatih banyak hari ini, walaubagaimana pun kami akan mencuba dengan baik.

Apakah nasihat anda untuk pemain-pemain lain untuk mencuba jadi pemain professional?

Teruskan usaha, teruskan melakukannya. Kami rasa yang selalunya ramai yang selalu berputus asa separuh jalan. Jika kamu ingin menjadi pemain professional, anda harus teruskan usaha.

Kejohanan The Major League Championed By Celcom akan berlangsung pada 20 sehingga 22 Oktober di EduCity Indoor Arena, Iskandar Puteri Johor. Anda boleh hadirkan diri ke acara tersebut dengan membeli tiket bermula dari harga RM69. Anda juga boleh menonton acara tersebut secara langsung di saluran Twitch Beyond The Summit ataupun di laman Facebook rasmi The Major League Championed By Celcom.

Anda juga dapat memenangi hadiah dengan memuat-naik gambar paling kreatif ketika acara tersebut. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang berlangsung diluar dewan seperti sesi bergambar bersama Cosplayer dan trak makanan. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksi kejohanan Dota 2 The Major League Championed By Celcom yang berlangsung hujung minggu ini.