David Ballard, bekas pembangun permainan di Naughty Dog semalam mendedahkan bahawa beliau menghadapi gangguan seksual ketika beliau bekerja di studio pembangun permainan video tersebut.

Melalui akaun Twitter beliau, beliau menyatakan gangguan seksual tersebut bermula pada penghujung 2015. Pada 2016, David membuat laporan gangguan seksual tersebut kepada bahagian sumber manusia Sony Interactive Entertainment, tetapi pada hari seterusnya selepas laporan tersebut, beliau diletakkan jawatan atas sebab syarikat pembangun permainan tersebut akan ke arah yang berlainan. Mereka juga cuba untuk mendiamkan David dengan merasuahkan wang sebanyak $20,000.

Walaubagaimana pun, Naughty Dog telah tampil dengan mengeluarkan kenyataan rasmi dimana mereka menafikan sebarang bukti mahupun gangguan seksual tersebut berlaku di studio pembangun permainan video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, David masih tidak lagi mengeluarkan sebarang jawapan berkenaan kenyataan Naughty Dog tersebut. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi berita ini jika terdapat sebarang kemaskini daripada kedua-dua pihak.

Sohor Kini