Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Menyaman Dua Pemain Kerana Menipu Ketika Bermain Permainan Tersebut

Epic Games Menyaman Dua Pemain Kerana Menipu Ketika Bermain Permainan Tersebut

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Menipu ketika bermain permainan multi-pemain sememangnya adalah suatu tindakan yang tidak beretika. Walaubagaimana pun, Epic Games, pembangun permainan Fortnite mengambil langkah yang tegas dengan menyaman dua pemain yang menipu di dalam permainan tersebut. Brandom Broom dan Charles Vraspir disaman oleh Epic Games dengan tindakan atas sebab pelanggaran hak cipta, melanggar kontrak dan pelanggaran peraturan lain akibat daripada mereka menipu.

Tertuduh disaman akibat mereka meletakkan kod komputer tanpa kebenaran di dalam permainan tersebut, sekaligus mengubahsuai keseluruhan kod permainan tersebut. Walaupun tertuduh diharamkan untuk bermain permainan Fortnite, mereka masih lagi menyambung bermain dengan menggunakan akaun yang berbeza dan terus menipu ketika bermain.

Epic tidak menyatakan berapa nilai yang disaman oleh mereka, walaubagaimana pun tindakan ini sememangnya memberi ketidakadilan terhadap pemain-pemain lain dan Epic Games bekerja keras untuk memastikan keseimbangan permainan Fortnite.