The Evil Within 2 atau Psycho Break 2 (Nama permainan bagi pelancaran di Jepun) merupakan permainan sekuel daripada The Evil Within yang dilancarkan pada tahun 2014 lepas. Kini setelah 3 tahun, Tango Gameworks, pembangun permainan permainan tersebut mengumumkan ketika E3 Jun lepas, permainan ini bakal tiba 13 Oktober ini di Playstation 4, Xbox One dan PC. Sempena pelancaran permainan The Evil Within 2 yang bakal tiba Jumaat ini, Bethesda Softwork hari ini berkongsi trailer terbaru permainan tersebut.

Pada Tokyo Game Show 2017 yang lepas, kami di Aksiz juga sempat untuk menemu-ramah Shinji Mikami, penerbit dan John Johanas pengarah permainan tersebut. Bagi anda yang berminat untuk membaca artikel tersebut, anda boleh membacanya disini. Kami juga berpeluang untuk bermain permainan tersebut ketika di Tokyo Game Show 2017, anda boleh membaca pandang pertama The Evil Within 2 kami disini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan The Evil Within 2, permainan ini akan ditawarkan pada harga RM229 untuk PlayStation 4 bagi versi fizikal di mana-mana pengedar rasmi Playstation. Edisi fizikal bagi permainan ini juga akan disertakan bersama pek The Last Chance, dimana pemain akan mendapat senjata esklusif dan juga kelengkapan-kelengkapan tambahan yang akan membantu pemain bermain permainan tersebut.

Sohor Kini