Skip to main content

Sempena Tokyo Game Show 2017 yang berlangsung minggu ini, kami berpeluang untuk mencuba permainan seram The Evil Within 2 di pejabat Tango Gameworks yang terletak di Tamachi, Jepun. Kami juga sempat melawat pejabat Tango Works dan melihat proses pembangunan permainan tersebut. Disamping itu, kami turut berpeluang untuk menemu-ramah Shinji Mikami, penerbit dan John Johanas pengarah permainan tersebut untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan permainan The Evil Within 2.

The Evil Within 2 atau Psycho Break 2 (Nama permainan bagi pelancaran di Jepun) merupakan permainan sekuel daripada The Evil Within yang dilancarkan pada tahun 2014 lepas. Kini setelah 3 tahun, Tango Gameworks, pembangun permainan permainan tersebut mengumumkan ketika E3 Jun lepas, permainan ini bakal tiba 13 Oktober ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Pandang Pertama The Evil Within 2

Ketika di pejabat Tango Gameworks, saya sempat mencuba The Evil Within 2 dari awal permainan hinggalah ke bab 3 dalam tempoh masa hampir 60 minit. Dukacitanya, saya tidak boleh mengambil apa-apa rakaman permainan tersebut ketika saya bermain.

Walaubagaimanapun, permainan ini bermain dengan baik sekali. Perkara pertama yang saya suka berkenaan permainan The Evil Within 2 adalah peningkatan visual grafik dari permainan asalnya. Jika anda pernah bermain permainan asal The Evil Within yang dilancarkan pada 2014, Tango Gameworks membangunkan permainan tersebut bersempena pelancaran untuk Playstation 3 dan Xbox 360. Sekaligus menghadkan pembangunan permainan tersebut ke generasi konsol yang lama. Kini, dengan pembangunan yang memfokus ke generasi kini konsol, mereka berjaya menggunakan sumber konsol generasi kini secara maksimum.

Ketika kami melawat pejabat Tango Gameworks tersebut, mereka juga menyatakan pembangunan muzik untuk permainan ini lebih baik dan merekan merakamkan muzik dari orkestra. Sememangnya hasil muzik dari orkestra tersebut memberi satu pengalaman yang sangat seram dan unik ketika saya bermain permainan The Evil Within 2.

Sebagai sebuah permainan survival seram, permainan The Evil Within 2 mempunyai bentuk permainan yang sangat luas dari segi persekitaran permainannya. Keitka saya mencuba permainan ini, pada bab 3, saya diberi peluang untuk mengembara di kawasan seakan separuh dunia terbuka dan berjumpa pelbagai watak-watak yang memberi beberapa misi sampingan untuk dilakukan oleh saya.

Menariknya juga ketika saya berjalan di dalam dunia permainan tersebut, saya perhatikan musuh-musuh atau zombi-zombi tersebut, mereka sering membuat sesuatu yang unik seolah-olah zombi tersebut sangat nyata. Ada satu bahagian dimana seekor zombi ini sedang mengumpul mayat-mayat manusia di dalam satu tempat dan ia berlaku secara nyata tanpa sebarang cutscene sekaligus ia menghasilkan atmosfera yang sangat seram dan saya rasa ia seolah nyata.

Seperti permainan dunia terbuka lain, The Evil Within 2 mempunyai bentuk permainan dimana anda berpeluang untuk membuat pelbagai misi sampingan dan mendapat pelbagai ganjaran seperti peluru, barangan senjata untuk menaik-taraf senjata dan juga gel hijau dimana pemain boleh menggunakannya untuk menaik-tarafkan watak pemain.

Dari segi penceritaan pula, saya tidak akan bercerita lebih mendalam tetapi bagi mereka yang masih belum bermain permainan asal The Evil Within, saya sangat mengesyorkan anda untuk habiskan permainan tersebut dahulu untuk memahami penceritaan The Evil Within 2 sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, ketika saya bermain permainan tersebut, saya menemui beberapa pepijat seperti musuh tidak mengesan pemain setelah mereka menyerang dan juga pertempuran menembak agak susah untuk dikawal. Tambahan juga pada awal permainan, serangan menembak bagi permainan tersebut seolah tidak begitu kuat dan juga memberi bunyi yang sangat kuat. Kebanyakkan pertempuran saya bersama musuh, saya melakukan serangan hendap dengan menggunakan pisau atau memukul musuh dengan pisau sahaja dahulu. Ini juga kemungkinan kerana anda perlu menaik-taraf dahulu watak anda sebelum ia menjadi lebih kuat.

Akhir kata, permainan The Evil Within 2 sememangnya satu permainan survival seram yang sangat menyeronokkan dan juga sangat seram. Walaubagaimanapun, dengan beberapa pepijat dan kekurangan dari segi penceritaan, saya mengesyorkan anda untuk bermain The Evil Within 2. Bagi anda yang sudah menghabiskan permainan tersebut, saya rasa anda akan suka dengan penambahan yang dilakukan oleh Tango Gamerworks untuk sekuel permainan The Evil Within 2 ini yang bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 Oktober ini.

Leave a Reply