Informasi Permainan Video Terkini
Kereta Nissan GT-R Dipandu Dengan Dualshock 4 Sepanjang Litar Silverstone

Kereta Nissan GT-R Dipandu Dengan Dualshock 4 Sepanjang Litar Silverstone

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Bersempena dengan pelancaran permainan Gran Turismo Sport 17 Oktober ini dan juga ulangtahun ke-20 kerjasama Nissan di dalam siri permainan Gran Turismo, Nissan bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment dengan mengubahsuai kereta Nissan GT-R dipandu dengan alat kawalan jauh Dualshock 4.

Kereta GT-R tersebut dipandu oleh Jann Mardenborough, pemenang GT Academy sepanjang litar Silverstone National Circuit. Jann memandu kereta tersebut dengan berada di atas helikopter dengan kelajuan maksimum 211kmph.

Kereta GT-R tersebut dimuatkan dengan empat robot yang mengawal kemudi, transmisi, brek dan pecutan. Terdapat enam komputer khas yang diletakkan dibelakang kenderaan tersebut dengan kemaskini kenderaan sebanyak 100 kali sesaat. Jann kemudian mengawal kenderaan tersebut dengan membuat sambungan alat kawalan permainan Dualshock 4 ke komputer yang mengawal dan menterjemah signal kawalan terhadap kereta Nissan GT-R tersebut. Kawalan tanpa wayar tersebut dihadkan sejauh satu kilometer. Mereka juga menyertakan sensor untuk memudahkan kawalan Jann.

Sememangnya untuk menyediakan sistem kawalan kenderaan ini bersama alat kawalan Dualshock 4 bukanlah sesuatu yang ringkas. Walaubagaimana pun, pada masa akan datang, kereta ini akan digunakan sebagai promosi kerjaya subjek STEM selepas mempromosinya khas buat permainan Gran Turismo Sport.