Minggu lalu, Blizzard memperacahkan video sempena acara Halloween yang bakal kembali ke permainan Overwatch. Acara Halloween tersebut dijadualkan untuk tiba pada 10 Oktober sehingga 2 November dengan kembalinyamod permainan Junkenstein’s Revenge, mod koperatif empat multi-pemain menentang musuh secara berperingkat.
Walaubagaimana pun, pengguna Reddit Mnemosynaut, berkongsi dimana beliau terjumpa imej tersebut tertiris di iklan Facebook, PlayOverwatch.
Menariknya rekaan kostum tersebut menyerupai hantu-hantu kisah rakyat seperti kostum Mei seakan Jiangshi, kostum Zenyatta seperti seekor Cthulhu dan kostum Symmetra seperti seekor syaitan.
Walaubagaimana pun, Blizzard masih lagi belum mengumumkan sebarang kemaskini berkenaan acara tersebut, tetapi dari segi rekaan yang dipaparkan, ia nampak seakan kostum tersebut sememangnya dari Blizzard.