Informasi Permainan Video Terkini
Acara Overwatch Halloween Bakal Kembali Pada 10 Oktober Ini
PC

Acara Overwatch Halloween Bakal Kembali Pada 10 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Seperti tahun lepas, acara Halloween bagi permainan Overwatch bakal kembali sekali lagi tahun ini pada 10 Oktober ini. Di laman rasmi Twitter PlayOverwatch, mereka memperacahkan video acara Halloween tersebut bersama sebuah sajak.

Bagi anda yang pernah bermain mod permainan Junkenstein’s Revenge, mod koperatif empat multi-pemain menentang musuh secara berperingkat ini sekali lagi bakal kembali di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Buat masa sekarang, Blizzard masih tidak lagi berkongsi informasi tambahan. Berdasarkan video acah yang dipertontonkan oleh Blizzard, kita mungkin bakal mendapat beberapa kostum baru bagi watak-watak di dalam permainan Overwatch. Antara yang dipertayangkan adalah kostum baru buat McCree dan Reaper yang seakan seperti kostum Van Helsing ataupun pemburu dracula.

Acara Halloween Overwatch ini akan bermula 10 Oktober sehingga 2 November buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengumpul kesemua kostum-kostum Halloween Overwatch pada minggu hadapan.