Sempena pelancaran Dead Rising 4: Frank’s Big Package di Playstation 4 Disember ini, Capcom hari ini mengumumkan kemaskini Capcom Heroes bakal tiba di permainan tersebut bersama. Bagi mereka yang bermain permainan ini di Xbox One, anda juga bakal mendapat kemaskini secara percuma.
Melalui mod Capcom Heroes, pemain berupaya untuk menukar kostum watak Frank kepada pelbagai watak-watak dari siri permainan Capcom yang lain seperti :
- X dari Megaman X
- Cammy dari Street Fighter
- Dante dari Devil May Cry
- Sissel dari Ghost Trick
- Adam “The Clown”
- Classic Frank West
- Zombie Frank
Dengan menukar kepada watak-watak kostum tersebut, pemain berupaya untuk melakukan serangan-serangan yang menarik berdasarkan watak tersebut, contohnya seperti X, pemain berupaya untuk menggunakan X-Buster dengan mengecajnya dan menembak zombi-zombi.
Kemaskini bakal dilancarkan secara percuma pada 5 Disember di Xbox One dan PC. Manakala di Playstation 4, kemaskini ini akan datang secara bersama permainan tersebut apabila ia dilancarkan pada tarikh yang sama.