Permainan dunia terbuka penembak pandang ketiga oleh Capcom, Dead Rising kini bakal kembali ke konsol Playstation 4. Sejak pelancaran Dead Rising 3, siri permainan tersebut telah menjadi permainan esklusif di Xbox One. Kini, Capcom akhirnya akan melancarkan Dead Rising 4: Frank’s Big Package pada 5 Disember ini.

Dead Rising 4: Frank’s Big Package bakal mengandungi kesemua pernambahan yang disertakan ketika pelancaran permainan di Xbox One pada Disember 2016 yang lepas. Capcom juga mengumumkan pernambahan esklusif iaitu mod Capcom Heroes dimana pemain berupaya untuk memakai kostum watak-watak dari francais permainan Capcom dan berupaya untuk melakukan teknik-teknik serangan ikonik daripada watak-watak tersebut.

Bagi anda yang meminati siri permainan Dead Rising ini, anda berpeluang untuk kembali bermain sebagai Frank West di Dead Rising 4: Frank’s Big Package yang bakal tiba di Playstation 4 pada 5 Disember ini.

Sohor Kini