Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Buat Permainan Gintama

Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Buat Permainan Gintama

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

Bandai Namco minggu ini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Gintama Rumble. Gintama Rumble adalah permainan yang diadaptasi dari siri anime dan manga Gintama. Ia bakal dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 18 Januari 2018 di Jepun. Bandai Namco juga mengumumkan mereka bakal melancarkan permainan tersebut dengan sarikata khas buat pasaran Malaysia. Walaubagaimana pun, tarikh pelancaran bagi edisi tersebut masih lagi belum diumumkan.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan, bentuk permainan Gintama Rumble menyerupai permainan Musou seperti Dynasty Warriors. Bandai Namco juga menyatakan, permainan Gintama Rumble ini bakal mempunyai kelainan dari segi teknik pertempuran dimana setiap watak berupaya untuk menghasilkan kuasa Awakening Rumble. Kuasa tersebut akan meningkatkan kekuatan watak dan memberi serangan yang kuat.

Dari segi penceritaan pula, ia bakal memfokuskan penceritaan Demon Sword Benizakura dimana Gintoki, Kagura dan Shinpachi cuba untuk menyelesai dua kes dan juga kemunculan Manslayer Nizou.

Bagi anda yang membuat pra-tempahan, Bandai Namco akan menyertakan kod muat-turun “Neo Armstrong Cyclone Jet Armstrong Cannon” dimana pemain berupaya untuk menggunakan di dalam permainan tersebut. Bandai Namco juga akan menyertakan bersama CD Drama khas

Edisi AV juga diumumkan untuk kedua-dua konsol Playstation 4 dan Playstation Vita dimana pemain akan mendapat bersama muzik latar dari siri anime Gintama tersebut malah 60 kompilasi suara latar Gintama.

Gintama Rumble akan dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 18 Januari 2018 ini di pasaran Jepun.