Lanjutan daripada pengumuman permainan aksi terbaru berasaskan manga, iaitu Gintama : Project Last Game, hari ini pihak Bandai Namco mengesahkan permainan Gintama tersebut akan dinamakan Gintama Rumble dan ia bakal hadir ke Playstation 4 dan Playstation Vita bersama sarikata untuk pasaran Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=3tcETNweLn0
Permainan ini bakal memfokus dalam bentuk permainan samurai aksi bersenjata dekat. Buat masa ini masih tiada lagi informasi bentuk permainan dan juga tarik pelancaran bagi permainan Gintama Rumble tersebut. Seperti biasa kami di Aksiz akan mengemaskini informasi permainan ini pada masa akan datang.
Walaubagaimana pun, Bandai Namco sempat berkongsi beberapa bentuk watak-watak Gintama yang bakal tiba di permainan tersebut dibawah.