Informasi Permainan Video Terkini
Playstation Move Kini Dikemaskini – Mempunyai Sokongan Micro USB

Playstation Move Kini Dikemaskini – Mempunyai Sokongan Micro USB

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Lanjutan daripada kemaskini model terbaru Playstation VR beberapa hari lepas, Sony juga mengumumkan bahawa mereka mengemaskini bagi alat kawalan Playstation Move dengan model terbaru yang kini menggunakan port Micro USB. Sebelum ini alat kawalan Playstation Move tersebut menggunakan port Mini USB seperti alat kawalan Dualshock 3 di Playstation 3.

Model alat kawalan Playstation Move yang baru ini, model CECH-ZCM2J merupakan kemaskini pertama yang dilakukan buat alat kawalan tersebut daripada pelancaran asalnya di Playstation 3 pada tahun 2010. Alat kawalan baru ini juga bakal mempunyai bateri yang lebih besar iaitu 1900mAh berbanding asalnya 1350mAh.

Sony masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran bagi alat kawalan tersebut, tetapi kami percaya ia bakal dilancarkan bersama dengan fon kepala terbaru Playstation VR yang baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas.