Skip to main content

Pengguna PlayStation 4 sering menikmati sejumlah ciri-ciri baru melalui kemaskini perisian untuk konsol berkenaan. Hari ini, pihak Sony telah melancarkan PS4 System Software 5.00 (Nobunaga) buat semua pengguna. Selain ciri-ciri yang kami nyatakan pada artikel yang lepas, Sony juga menyertakan pelbagai lagi tambahan ciri-ciri terbaru buat PS4 System Software 5.00.

Antara kemaskini terbaru bagi 5.00 adalah pernambahan sokongan Bahasa Indonesia dan juga bahasa-bahasa lain seperti bahasa Czech, Greek, Hungarian, Indonesia, Romania, Thailand dan Vietnam.

Pengguna juga kini berupaya untuk mengadakan kejohanan secara berpasukan. Dengan fungsi ini, pengguna boleh membuat tetapan bagi sebuah pasukan untuk bertanding secara kompetitif di Playstation 4. Pengguna boleh menyertai dan mengadakan sebanyak 60 pasukan berbeza dan setiap pasukan tersebut mempunyai pemilik dan juga kapten untuk mengawalnya. Pasukan yang ditetapkan tersebut juga berupaya untuk dijadikan sebagai pasukan rasmi, dan pengguna boleh mengubah-suai segala informasi pasukan sekaligus keupayaan untuk melihat acara yang akan datang yang didaftarkan dengan pasukan tersebut. Tambahan juga, pengguna boleh melihat keputusan dan status pasukan secara langsung di Playstation 4.

Ciri seterusnya adalah keupayaan untuk Follow pengguna lain dimana sebelum ini, pengguna hanya dihadkan untuk mengikuti pengguna Playstation Network yang mempunyai status verified sahaja. Kini dengan kemaskini 5.00 ini, pengguna mengikuti kesemua pengguna Playstation Network yang lain.

Sony juga mengemaskini fungsi PSN Messages dengan menambahkan fungsi pra-tonton jika pengguna berkongsikan sebarang pautan di PSN Messages tersebut. Fungsi ini akan memberi pengguna pra-tonton buat pautan yang dikongsi seperti gambar dan tajuk.

Anda boleh memuat-turun kemaskini tersebut dengan saiz 374.7MB secara langsung di Playstation 4 ataupun dengan melayari pautan ini bermula hari ini.

Leave a Reply