Pengguna PlayStation 4 sering menikmati sejumlah ciri-ciri baru melalui kemaskini perisian untuk konsol berkenaan. Hari ini, pihak Sony telah memulakan ujian PS4 System Software 5.0 dalam bentuk beta, dan pada masa yang sama berkongsi ciri-ciri yang akan dibawakan olehnya, iaitu:
Kebolehan mematikan pop-up notifikasi ketika memainkan video melaui PlayStation 4. Anda juga kini boleh memilih warna latar untuk notifikasi, selain turut memilih untuk menyembunyikan mesej yang dihantar dan tidak dipaparkan dalam notifikasi.
Kemudahan untuk melihat tab notifikasi daripada Quick Menu – sekaligus membolehkan anda mengetahui progres muat-turun dan sebagainya.
Sokongan Virtual Surround Sound 5.1ch dan 7.1ch melalui PlayStation VR.
Kebolehan strim Twitch pada resolusi 1080p 60fps melalui PlayStation 4 Pro.
Membuat senarai rakan-rakan khusus – seperti berdasarkan rakan yang meminati suatu genre permainan dan sebagainya.
Sokongan kawalan keluarga, yang mana membolehkan pengguna mengawal akses anak-anak mereka ke PlayStation, seperti mengehadkan kandungan dan sebagainya. Dengan kemaskini baru, anda turut boleh mengawal sesuatu tetapan secara individu untuk setiap akaun kanak-kanak yang ditambah.
Disamping itu, ia juga kini turut menambah sokongan bahasa Indonesia pada antaramuka PS4.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah versi akhir untuknya akan dilancarkan.