Informasi Permainan Video Terkini
One Piece: Grand Cruise Diumumkan Untuk PlayStation VR

One Piece: Grand Cruise Diumumkan Untuk PlayStation VR

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

One Piece merupakan salah satu anime memfokuskan dunia lanun yang mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia. Terkini, melalui Weekly Jump, ia diumumkan yang mana permainan realiti-maya dinamakan One Piece : Grand Cruise sedang dibangunkan, dan bakal diperkenalkan untuk PlayStation VR.

Melalui permainan realiti-maya ini, pengguna boleh berjalan-jalan di kapal mereka, serta berinteraksi dengan rakan-rakan lanun yang lain. Info penuh mengenai permainan ini dijangka akan diperlihatkan pada 22 Julai ini di Tokyo.

Selain daripada permainan memfokuskan kepada realiti-maya ini, satu lagi permainan baru One Piece turut diumumkan sedang dibangunkan. Permainan baru ini dikatakan turut menerima sokongan daripada pelukis manga berkenaan, Eiichiro Oda, dan dikatakan bentuk permainan serba baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran kedua-dua permainan ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.