Informasi Permainan Video Terkini
Terengganu FA Menjadi Yang Pertama Mengumumkan Pasukan E-Sukan Tersendiri

Terengganu FA Menjadi Yang Pertama Mengumumkan Pasukan E-Sukan Tersendiri

Diterbitkan pada Okt 1, 2017 oleh .

Terengganu FA kini menjadi pasukan bola sepak negeri pertama yang hadir dengan pasukan e-sukan mereka tersendiri. Melalui pemilihan yang diadakan pada hari Sabtu, Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah memilih seramai tiga pemain yang akan mewakili pasukan eSports Terengganu pada 2018 kelak.

Pasukan ini akan memfokuskan kepada permainan FIFA, sebuah permainan bola sepak daripada EA Sports. Tiga pemain yang dipilih masing-masing menggunakan nama Roy, TokBomoh dan juga Aiman.

Terengganu e-Sports

Kelan e-sukan Terengganu FA ini akan menyertai acara Red Bull Coliseum Season 2, selain turut akan bertanding pada pusingan kelayakkan Asia Tenggara untuk FIFA Online 3 kelak.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita juga akan mungkin melihat kepada permainan e-sukan lain selain FIFA pada masa akan datang.

Dengan perkembangan daripada Terengganu FA ini, mungkinkah kelak kita turut akan melihat perkembangan lebih kurang sama daripada kelab bola sepak tempatan yang lain?