Informasi Permainan Video Terkini
Terengganu FA Akan Menubuhkan Pasukan E-Sukan Bagi Permainan EA FIFA

Terengganu FA Akan Menubuhkan Pasukan E-Sukan Bagi Permainan EA FIFA

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Terengganu FA, pasukan bola sepak Terengganu kini mengumumkan yang mana mereka akan menjadi pertama di rantau ini untuk mempunyai pasukan e-sukan profesional mereka tersendiri.

Menurut Terengganu FA, pasukan yang akan ditubuhkan oleh mereka akan terdiri daripada 3 orang pemain, dan akan dipilih melalui kejohanan FIFA 17 Open yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada penghujung minggu ini.

Ini sekaligus membawa kepada fasa baru dalam arena e-sukan di Malaysia. Selain Terengganu FA, terdapat beberapa kelab antarabangsa yang turut mempunyai pemain mereka yang memainkan e-sukan FIFA Online dan FIFA 17. Malah ada yang menandatangani pemain e-sukan FIFA sebagai ahli kelab bola sepak mereka, sekaligus bermain dibawah jenama kelab bola sepak berkenaan dalam perlawanan antarabangsa.

Menurut Terengganu FA, kelab e-sukan mereka akan menyertai acara Red Bull Coliseum Season 2, selain turut bertanding pada pusingan kelayakkan Asia Tenggara untuk FIFA Online 3.

Dengan pengumuman Terengganu FA ini, mungkinkah kita akan melihat lebih ramai kelab bola sepak tempatan mengumumkan perkara sama?

Terengganu FA akan menjadi pasukan bola sepak pertama di rantau ini yang mempunyai pasukan eSports yang akan bertanding…

Posted by Terengganu FA on 23hb September 2017