Logitech merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam penawaran aksesori untuk komputer – termasuk memfokuskan kepada arena permainan video. Terkini, hari ini Logitech terus mengukuhkan kedudukan mereka dengan mengambil-alih pengeluar headset terkemuka, Astro Gaming.

Astro Gaming akan terus mengekalkan jenama mereka seperti biasa selepas pengambil-alihan. Logitech pula secara tidak langsung akan terus dapat mengukuhkan penawaran mereka dalam arena aksesori – dan kini turut meliputi konsol.

Logitech akan membayar sekitar $85 juta untuk pengambil-alihan ini.

Mungkinkah kita akan melihat produk Astro Gaming menerima sokongan rasmi di Malaysia melalui pengambil-alihan Logitech ini?

Sohor Kini