Informasi Permainan Video Terkini
The Inpatient – Permainan Seram Realiti-Maya Bakal Tiba Di Playstation VR Pada 22 November Ini

The Inpatient – Permainan Seram Realiti-Maya Bakal Tiba Di Playstation VR Pada 22 November Ini

Diterbitkan pada Sep 27, 2017 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan permainan seram realiti-maya The Inpatient bakal tiba di Playstation VR pada 22 November ini. Permainan ini hanyalah boleh dimainkan bersama Playstation VR dan ia menyokong alat kawalan Dualshock 4 dan juga Playstation Move.

Ia bakal tiba secara versi fizikal dan juga digital dengan harga RM159 buat versi fizikal manakala versi digital berharga RM149. Bagi mereka yang membuat pra-tempahan untuk versi digital, Sony bakal menyertakan bersama 4 avatar khas permainan The Inpatient.

The Inpatient adalah permainan seram realiti-maya yang dibangunkan oleh Supermassive Games. Pada PSXSEA 2017 yang lepas, kami ada membuat pandang pertama untuk permainan realiti-maya ini.

Ditempatkan 60 tahun sebelum permainan Until Dawn, permainan bakal membawa pemain di sebuah pusat kesihatan Blackwood Sanatorium. Sepanjang permainan tersebut, pemain perlu menyelesaikan menyelesaikan misteri sebagai pesakit yang hilang ingatannya. Dengan pelbagai pengakhiran dan naratif yang bercawangan, setiap tindakan dan pilihan pemain akan memberi kesan buat penceritaan permainan ini secara drastik.

Anda boleh membuat pra-tempahan sekarang di mana-mana pengedar rasmi Playstation dan juga di PSN Store. Jangan lepaskan peluang untuk mengalami permainan seram realiti-maya ini secara esklusif di Playstation VR.