Minggu lepas, Square-Enix bersama Sony mengumumkan permainan Secret Of Mana bakal tiba di Playstation 4 dan Playstation Vita. Kini sempena Tokyo Game Show 2017, Square-Enix mengumumkan beberapa informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Antara yang diumumkan adalah edisi Collectors terhad buat permainan Secret Of Mana dimana ia hanyalah bakal tiba di versi Playstation 4 sahaja. Edisi ini akan disertakan bersama kotak rekaan khas dan mempunyai buku pop-up edisi terhad, bersama cakera muzik latar, dan figura Randi, Primm dan Popoi bersama permainan tersebut.

Square-Enix juga menyatakan permainan ini boleh dimain secara offline multi-pemain secara lokal sehingga 3 pemain di Playstation 4 dan juga bagi Playstation Vita, ia boleh dimainkan multi-pemain secara adhoc.

Secret Of Mana menceritakan kisah pengembaraan Randi, dimana beliau menemui Pedang Mana yang berupaya untuk membasmi musuh dengan kuasa Mana. Dia mengembara bersama Primm dan juga Popoi untuk menghapuskan kuasa jahat dan selamatkan dunia ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan Secret Of Mana ini, ia bakal tiba di Playstation 4 secara fizikal dan digital. Bagi Playstation Vita pula ia hanyalah dilancarkan secara digital pada 15 Februari 2018 ini.

Sohor Kini