Salah satu permainan RPG klasik, iaitu Secret Of Mana telah dilancarkan di konsol Super Nintendo Entertainment System pada tahun 1993 lepas. Kini ia diberikan nafas yang baru dalam bentuk 3D dan bakal tiba di Playstation 4, Playstation Vita serta PC pada 15 February 2018 kelak.
Sony mengumumkan hari ini di laman rasmi mereka bahawa Secret Of Mana bakal menerima penambah-baikkan dari segi visual dan kawalan tanpa mengubah apa-apa jalan cerita asal permainan ini. Sony juga menyatakan tiga penambah-baikkan utama yang bakal diterima untuk permainan ini adalah suara latar untuk setiap watak, muzik latar yang diolahkan semula tanpa mengubah melodi asli dan juga mod multi-pemain secara lokal.
Secret Of Mana menceritakan kisah pengembaraan Randi, dimana beliau menemui Pedang Mana yang berupaya untuk membasmi musuh dengan kuasa Mana. Dia mengembara bersama Primm dan juga Popoi untuk menghapuskan kuasa jahat dan selamatkan dunia ini.
Sony juga mengumumkan bagi mereka yang membuat pra-tempahan di PSN Store, anda bakal menerima kostum tambahan Moogle dan juga Tiger Suit. Sony juga bakal menyertakan avatar PSN Khas Secret Of Mana.
Permainan klasik keluaran Square-Enix ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminat kerana bentuk permainannya yang sangat seronok dan unik. Dengan sokongon mod multi-pemain dan juga visual yang baru, kami di Aksiz tidak sabar untuk bermain permainan ini pada 15 Februari 2018 kelak di Playstation 4, Playstation Vita dan PC.