Ingin membina reka bentuk tahap permainan Mega Man tersendiri? Peminat siri Mega Man WreakingProg, membina permainan Mega Maker, di mana anda dapat membina reka bentuk tahap permainan Mega Man secara tersendiri seakan Super Mario Maker.
Mega Maker adalah hasil peminat-peminat siri Mega Man dan ia bukanlah permainan rasmi daripada Capcom. Ia bakal dilancarkan pada 15 Julai ini di PC. Buat masa sekarang Capcom masih lagi belum mengambil apa-apa tindakan terhadap permainan ini seperti yang kita sering lihat Nintendo memberhentikan pelancaran permainan peminat seperti siri Metroid dan Pokemon sebelum ini. Untuk infomasi yang lebih lanjut dan muat-turun, anda boleh melayari laman rasmi Mega Maker.
[info] Layari : Laman Rasmi Mega Maker [/info]