Lanjutan daripada teaser ringkas pada minggu lepas, kini pihak Square Enix akhirnya telah mengumumkan permua terbaru mereka untuk Android dan iPhone, iaitu Battle of Blades.
Battle of Blades akan ditawarkan di Jepun pada tahun ini, dimana ia menawarkan permainan multi-pemain empat-lawan-empat, atau memainkannya secara berseorangan. Permainan Battle of Blades ini menawarkan bentuk permainan secara menegak, dan pemain perlu mengawal watak mereka yang boleh diubah-suai serta dilengkapkan dengan pelbagai senjata, dan aksesori untuk menambah beberapa kuasa dan menewaskan pihak lawan.
Buat masa ini, ia diumumkan untuk Jepun sahaja, dan mungkin akan ditawarkan pada peringkat global selepas itu.