Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Mempamerkan Laman Acah Permua Yang Menayangkan Pelbagai Senjata Dari Permainan Lain

Square-Enix Mempamerkan Laman Acah Permua Yang Menayangkan Pelbagai Senjata Dari Permainan Lain

Diterbitkan pada Sep 15, 2017 oleh .

Square-Enix hari ini mempamerkan laman acah untuk permainan mudah-alih(Permua) khas buat iOS dan Android. Laman tersebut juga menunjukkan jangka masa yang akan berakhir pada 20 September ini. Manakala senjata yang dipamerkan daripada beberapa permainan seperti NieR: Automata, Legend Of Mana, Ramancing Saga dan Kai-Ri-Sei Million Arthur.

Buat masa ini masih tiada lagi informasi tambahan daripada Square-Enix tetapi kami percaya mereka bakal mengumumkan lagi pelbagai informasi menjelang Tokyo Game Show 2017 minggu hadapan. Seperti biasa, Kami di Aksiz akan berkongsi menjelang pengumuman Square-Enix kelak.