Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Filem Tomb Raider Dipertontonkan – Banyak Meminjam Elemen Permainan Video

Trailer Filem Tomb Raider Dipertontonkan – Banyak Meminjam Elemen Permainan Video

Diterbitkan pada Sep 20, 2017 oleh .

Trailer filem adaptasi Tomb Raider akhirnya dipertontonkan kepada umum. Filem lakonan Alicia Vikander ini nampaknya meminjam banyak elemen dari dua permainan reboot di bawah kelolaan Crystal Dynamics. Kostum yang dipakai Lara menyerupai apa yang ditemui di alam Tomb Raider (2013) dan Rise Of The Tomb Raider (2015)

Dari trailer,jalan cerita dua permainan video di atas digabungkan. Terdapat Devil Sea, berjalan di atas sayap pesawat usang dan babak Lara melompat dari kapal seperti di dalam Tomb Raider. Watak jahat The Trinity dan Lara mengikut jejak ayah beliau pula diambil dari Rise of The Tomb Raider. Sebagai peminat Tomb Raider kami kini amat teruja dengan filem ini. Sekali lagi kami berharap tidak akan dikecewakan apabila ia tiba di panggung tahun hadapan.