Skip to main content

Hujung minggu lepas, Randy Varnell, pengarah kreatif buat permainan Battleborn mengumumkan Gearbox Software tidak lagi akan mengeluarkan lagi sebarang kemaskini untuk permainan tersebut selepas ini. Pengumumam tersebut dilakukan di dalam forum rasmi laman Gearbox Software.

Walaubagaimana pun, Randy Varnell menyatakan server permainan tersebut akan terus dijalankan bersama kemaskini terakhir. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada komuniti yang memberi sokongan selama permainan ini dilancarkan dari Mei tahun lepas dan mulai sekarang, beliau akan memfokuskan pembangunan permainan yang diumumkan oleh Gearbox beberapa minggu lepas.

Battleborn adalah permainan penembak pandang pertama arena yang dibangunkan oleh Gearbox Software. Ia dilancarkan pada Mei 2016 dan pada Jun 2017 yang lepas, Gearbox Software mengumumkan permainan tersebut bertukar ke permainan percuma. Permainan tersebut tidak mendapat sambutan pemain walaupun pelbagai kemaskini yang dilakukan oleh Gearbox Software.

Leave a Reply