Skip to main content

Gearbox, pembangun permainan terkenal dengan Borderlands, kini telah mengumumkan mereka bakal melancarkan permainan baru iaitu Project 1V1. Untuk makluman, Project 1V1 ini bukanlah nama akhirnya. Ia adalah permainan tembak-menembak pandang pertama yang memfokuskan permainan berbentuk kompetitif. Ia juga bakal mempunyai bentuk permainan strategi dengan menggunakan sistem kad.

Ujian teknikal tertutup Project 1v1 akan dilancarkan pada musim panas ini dan Gearbox masih lagi mencari pemain-pemain untuk mencuba infrastruktur atas-talian serta bentuk permainan tersebut untuk meningkatkan lagi taraf permainan tersebut. Ujian tersebut akan dilakukan di server Amerika Syarikat, bagi pemain antarabangsa, anda mungkin akan mengalami prestasi yang rendah disebabkan lengah masa ke pelayan yang sedikit jauh.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih banyak informasi berkenaan permainan ini, anda boleh ke laman rasmi Project 1v1. Dengan peningkatan komuniti e-Sukan, adakah kita bakal menerima lebih banyak permainan yang memfokuskan permainan kompetitif? Apakah pendapat anda berkenaan arena permainan E-Sukan?

[info] Laman Rasmi Project 1v1 [/info]

Leave a Reply