Skip to main content

Selain permainan Skyrim yang bakal tiba di Nintendo Switch, Bethesda Softworks juga mengumumkan permainan DOOM dan Wolfenstein 2: The New Colussus bakal tiba di Nintendo Switch.

DOOM adalah permainan yang dilancarkan pada tahun lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan yang diolahkan semula dari siri asal permainan DOOM. Kini dengan kerjasama Nintendo dan Bethesda, mereka bakal membawa permainan tersebut di Nintendo Switch pada musim cuti ini.

Bethesda tidak berhenti setakat situ sahaja kerana permainan akan datang mereka, Wolfenstein 2: The New Colossus juga bakal tiba di Nintendo Switch pada tahun 2018. Permainan tersebut bakal dilancarkan pada 27 Oktober ini di Playstation 4, Xbox One dan PC. Tampaknya Nintendo ingin membawa pelbagai permainan dari konsol lain ke konsol Nintendo Switch, sekaligus memberi peluang pemain untuk bermain permainan tersebut dimana-mana sahaja.

Apakah pendapat anda berkenaan pengumuman ini? Adakah Nintendo Switch boleh bermain permainan tersebut? Berikan komen anda dibawah.

Leave a Reply