Nintendo sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan permainan Skyrim pada konsol hibrid mudah-alih mereka, Nintendo Switch. Selepas sekian lama senyapkan diri, kini Bethesda mengumumkan yang mana permainan Skyrim akhirnya akan ditawarkan pada Nintendo Switch pada bulan November ini.
Skyrim pada awalnya telah dilancarkan pada 2011 yang lepas, dan sejak daripadanya ia telah menerima penambahan kandungan sebanyak tiga kali, selain turut menjadi antara permainan popular di dunia.
Untuk pengguna Nintendo Switch, ia boleh dimuat-turun pada 17 November ini – dimana ia turut dioptimasikan untuk alat kawalan Joy-Cons, serta beberapa ciri-ciri khusus untuk konsol hibrid berkenaan.