Selain pengumumkan permainan Minecraft yang bakal tiba di konsol Nintendo 3DS, Nintendo juga hari ini mengumumkan pelbagai permainan yang bakal tiba di konsol tersebut sempena acara Nintendo Direct yang berlangsung pagi ini.
Antara permainan yang bakal tiba ialah Mario & Luigi Superstar Saga + Bowser’s Minions dimana ia bakal tiba secara esklusif di Nintendo 3DS pada 6 Oktober ini. Permainan ini merupakan pernambah-baikkan dari permainan asalnya yang dilancarkan di Gameboy Advance pada 2003 lepas. Nintendo juga menambah pelbagai pernambahan seperti penceritaan terbaru Minion Quest dan keupayaan untuk digunakan bersama Amiibo.
Siri permainan terkenal Kirby kini bakal kembali dengan Kirby Battle Royale dimana pemain akan bertarung sesama Kirby lain di dalam arena. Walaupun ia memfokuskan dalam bentuk multi-pemain, permainan ini juga bakal tiba secara bentuk solo dengan memfokuskan penceritaan.
Kirby Battle Royale bakal tiba di Nintendo 3DS pada 19 Januari 2018 secara esklusif. Sempena ulang tahun Kirby yang ke-25, Nintendo juga mengadakan pengudian teknik-teknik Kirby terbaik. Anda boleh membuat pengudian tersebut sekarang di laman rasmi Kirby Nintendo.
Yo-Kai Watch 2: Psychic Specters bakal dilancarkan bulan ini pada 29 September ini di Nintendo 3DS. Permainan ini merupakan edisi lengkap bagi dua permainan Yo-Kai Watch 2 sebelum ini iaitu Bony Spirits dan Fleshy Souls.
Bagi mereka yang mempunyai permainan sebelumnya, anda akan mendapat kemaskini tersebut secara percuma. Antara pernambahan yang pemain bakal terima adalah keupayaan untuk berkawan dengan semangat Jibanyan S dan juga musuh-musuh baru. Pemain juga boleh memindah fail permainan anda yang sebelum ke permainan yang baru ini sekaligus pemain dapat menyambung dan meneruskan permainan dengan kelangkapan dari permainan sebelum.
Julai lepas, Level-5 mengumumkan permua Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy tiba di iOS dan Android. Kini, permainan tersebut bakal tiba di Nintendo 3DS pada 6 Oktober ini. Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy memfokuskan kepada protagonis terbaru, iaitu Katrielle Layton, anak perempuan kepada Professor Hershel Layton yang merupakan protagonis siri Professor Layton sebelum ini. Melalui permainan ini, pemain perlu menyelesaikan pelbagai teka-teki dalam menemui bapa kepada watak permainan ini.
Mario Party The Top 100 merupakan permainan parti yang merangkumi 100 mini-permainan dari siri permainan Mario Party sebelum ini.
Kini, Mario Party bakal kembali ke Nintendo 3DS pada 10 November ini dengan keupayaan untuk bermain multi-pemain sehingga 4 pemain. Permainan ini juga menyokong fungsi Download Play dimana ia mampu menggunakan satu katrij permainan sahaja untuk dimainkan secara bersama 3 pemain lain. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini pada 10 November ini.
Atlus memang terkenal dengan siri permainan JRPG yang dilancarkan di pelbagai konsol. Hari ini, bersempena Nintendo Direct, Atlus mengumumkan beberapa permainan JRPG baru yang bakal tiba di Nintendo 3DS. Antaranya Shin Megami Tensei: Strange Journey Redux. Ia merupakan permainan pernambah-baikkan yang asalnya dilancarkan di Nintendo DS pada tahun 2010.
Atlus juga mengumumkan permainan Radiant Historia: Perfect Chronology iaitu permainan pernambah-baikkan di Nintendo DS.
Nintendo juga mengumumkan edisi collectors dimana pemain akan mendapat pelbagai barangan esklusif seperti kotak khas, buku seni dan pelekat esklusif permainan Radiant Historia: Perfect Chronology. Permainan ini bakal tiba pada awal tahun 2018.
Ketika acara Nintendo Direct juga, Nintendo mengumumkan pelbagai permainan bagi konsol Nintendo Switch juga. Kami di Aksiz akan mengemaskini berita tersebut dari semasa ke semasa.