Siri permainan Professor Layton yang terkenal di konsol Nintendo 3DS keluaran Level-5, Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy, kini diumumkan bakal dilancarkan kembali di platform permua, iOS dan Android pada 20 Julai ini. Versi Nintendo 3DS akan diumumkan kemudian pada tahun ini.
Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy memfokuskan kepada protagonis terbaru, iaitu Katrielle Layton, anak perempuan kepada Professor Hershel Layton yang merupakan protagonis siri Professor Layton sebelum ini. Melalui permainan ini, pemain perlu menyelesaikan pelbagai teka-teki dalam menemui bapa kepada watak permainan ini.
Bagi anda yang meminati permainan ini, mungkin boleh tandakan tarikh pelancaran. Permua ini akan ditawarkan pada harga $16 untuk Android dan juga iOS.