Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Minecraft Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Nintendo 3DS

Permainan Minecraft Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Nintendo 3DS

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Nintendo hari ini membuat kejutan dan mengumumkan penawaran permainan popular daripada Microsoft / Mojang, iaitu Minecraft. Bermula hari ini, permainan Minecraft akan boleh dimuat-turun dan dibeli oleh pengguna yang memiliki Nintendo 3DS.

Minecraft 3DS

Minecraft sedia ditawarkan untuk pelbagai platform lain, termasuk pada peranti mudah-alih, konsol, mahupun pada Raspberry Pi. Melaluinya, ia menawarkan permainan dengan rekaan seni-piksel, dan menawarkan permainan berbentuk membina – sekaligus menjadikan para pemain lebih kreatif.

Minecraft untuk Nintendo 3DS ini akan menawarkan mod permainan Survival dan juga kreatif.

Bagi anda yang mempunyai Nintendo 3DS, boleh menyemak eShop hari ini, dan mendapatkan ia, serta mula membina menggunakan Minecraft.