ROG Masters kini bakal kembali dengan kejohanan permainan Dota 2 dan CS:GO dengan jumlah hadiah bernilai RM100,000. Hari ini, ASUS mengumumkan ketika acara sempena pelancaran Laptop ASUS Zephyrus di One Utama, kejohanan ROG Master bakal kembali dengan pusingan kelayakan akhir Malaysia di One Utama pada 16 hingga 17 September ini.

Terdapat pelbagai pemain yang bakal bertempur untuk menjuarai pusingan kelayakan tersebut dan akan bertarung mewakili Malaysia untuk mendapatkan tempat bagi ke pusingan akhir.

Selepas acara kelayakan hujung minggu ini, pemenang bakal bertempur mewakili Malaysia di Manila, Filipina pada 26 hingga 29 Oktober ini.

Manakala acara akhir bagi ROG Masters bakal diadakan di KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia pada 7 hingga 10 Disember ini.

Anda juga boleh hadir ke One Utama pada hujung minggu, 16 hingga 17 September dan memberi sokongan kepada pemain-pemain. Anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah sebuah laptop ASUS ROG GL553.

Sohor Kini