Psyonix minggu lepas mengumumkan beberapa kenderaan baru bakal tiba khas buat permainan Rocket League di Nintendo Switch, kini mereka mengumumkan kemaskini terbaru buat permainan Rocket League buat kesemua konsol yang bakal tiba 29 September ini secara percuma.

Bersempena musim luruh ini, Psyonix mengumumkan pelbagai kemaskini termasuk perubahan dari segi permainan dan juga peta kawasan terbaru buat permainan tersebut.

Antara yang diumumkan adalah peta kawasan terbaru buat permainan Rcoket League iaitu Farmstead. Peta ini diinsipirasikan berdasarkan musim luruh di kawasan ladang yang memfokuskan bentuk pertempuran seakan berada di kawasan kampung.

Psyonix juga mengumumkan kereta baru iaitu Jager 619 RS bersama pelbagai barangan baru dan juga warna baru untuk pemain mewarnakan kereta-kereta di dalam permainan tersebut.

Keupayaan untuk bermain permainan Rocket League secara LAN juga diumumkan bagi memudahkan pemain untuk bermain secara multi-pemain. Psyonix juga menambahkan fungsi tiang gol yang lutsinar bagi memudahkan pemain bermain di arena-arena perlawanan bersama dengan pelbagai barangan tambahan melebihi 90 barang.

Bagi mereka yang bermain Rocket League secara kompetitif, Psyonix juga mengumumkan musim ke-6 kompetitif bakal tiba bersama ganjaran-ganjaran kompetif musim ke-5 termasuklah banner terbaru buat pemain-pemain untuk meletakkan di profil mereka.

Kemaskini musim luruh Rocket League ini bakal tiba pada 29 September ini buat Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini