Informasi Permainan Video Terkini
Rocket League – Kenderaan Esklusif Bertemakan Nintendo Bakal Tiba Di Nintendo Switch

Rocket League – Kenderaan Esklusif Bertemakan Nintendo Bakal Tiba Di Nintendo Switch

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Pada E3 2017 Jun yang lepas, Psyonix, pembangun permainan Rocket League telah mengumumkan permainan tersebut bakal tiba di Nintendo Switch. Kini, akhirnya pembangun permainan berkenaan mempertontonkan video acah terbaru dengan memperlihatkan beberapa kenderaan esklusif bertemakan watak-watak dari Nintendo bakal tiba di Nintendo Switch.

Antara kenderaan yang dipertontonkan adalah rekaan kenderaan khas watak Mario dan Luigi. Psyonix juga mempertontonkan rekaan kenderaan kapal perang Samus dari siri permainan Metroid.

Buat masa ini, Psyonix masih belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan ini, tetapi pada trailer tersebut, mereka menyatakan permainan ini bakal tiba sebelum penghujung tahun ini.