SteamWorld Dig 2 Akan Hadir Ke PC Pada 22 September

Pembangun permainan SteamWorld Dig kini telah mengumumkan yang mana permainan SteamWorld Dig 2 bakal hadir kepada pengguna PC, Mac dan Linux melalui Steam pada 22 September 2017 akan datang.

Permainan ini merupakan sekuel kepada permainan asalnya yang menawarkan bentuk permainan yang memerlukan pemain mengali untuk mencari jalan keluar serta mengumpulkan pelbagai mata ganjaran dan sebagainya.

SteamWorld Dig

Sebagai promosi untuk pelancaran versi kedua permainan berkenaan juga, kini permainan asal SteamWorld Dig ditawarkan secara percuma melalui Origin. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba permainan asalnya, dan memilih sama ada ingin mendapatkan versi kedua permainan berkenaan ataupun sebaliknya.

Sohor Kini