Skip to main content

Bagi anda yang memainkan permainan video di komputer, dan ingin menambah koleksi permainan anda, kini permainan SteamWorld Dig ditawarkan secara percuma di Origin.

Penawaran percuma ini dilihat bersempena dengan permainan SteamWorld Dig 2 yang bakal hadir pada 21 September kelak.

SteamWorld Dig menawarkan permainan mengali dalam bentuk platformer, dimana anda perlu mengali dalam mencari jalan keluar, selain mengumpulkan mata ganjaran dan lain-lain. Permainan ini telah diterbitkan untuk Windows pada 2013 yang lepas.

SteamWorld Dig

SteamWorld Dig

Seperti biasa, anda akan diperlukan membuat akaun Origin sebelum dapat menebus permainan berkenaan. Sebaik sahaja anda menebusnya, permainan SteamWorld Dig ini akan ditambah ke akaun anda, dan anda boleh muat-turunnya pada bila-bila masa.

[download]Muat-Turun SteamWorld Dig di Origins[/download]

Leave a Reply