Tampaknya selain Rockstar, Epic Games juga bakal menyertakan mod permainan battle royale seakan Player Unknown’s Battlegrounds di permainan Fortnite.
Kemaskini Fortnite Battle Royale bakal tiba pada 26 September ini secara percuma buat pemain Fortnite. Seperti PUBG, pemain akan dijatuhkan di kawasan dunia terbuka dengan 100 pemain dan pemain akan bertarung sehingga pemain terakhir berjaya kalahkan pemain-pemain lain.
Uniknya permainan Fortnite mempunyai sistem permainan bertukang seperti keupayaan untuk membuat perangkap dan juga bangunan. Dengan keupayaan sistem tersembut, pemain akan menerokai pelbagai strategi perlawanan untuk bertempur dengan 99 pemain-pemain lain.
Fortnite adalah permainan video terbaru dari Epic Games. Permainan yang berkonsepkan survival, co-op sandbox ini dilancarkan pada 25 Julai lepas pada pelbagai peranti utama, iaitu di PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.