Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru GTA Online Menyertakan Mod Permainan Seakan Player Unknown Battleground
PC

Kemaskini Terbaru GTA Online Menyertakan Mod Permainan Seakan Player Unknown Battleground

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Tampaknya populariti permainan Player Unknown Battleground bakal memberi kesan untuk permainan Grand Theft Auto Online. Untuk mengekalkan para pemain dalam GTA Online, kini, Rockstar mengumumkan mod terbaru bagi permainan GTA Online, iaitu Smuggler’s Run. Mod baru ini telah mula ditawarkan minggu ini.

Di dalam mod ini, pemain akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan akan menerjun payung dari kapal terbang. Apabila pemain mendarat, pemain perlu membunuh sesama pemain lain dan ruangan permainan juga mengecil mengikut masa – lebih kurang sama seperti permainan PUBG.

Bagi anda yang bermain GTA Online, anda boleh memuat turun kemaskini ini secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan PC.