Pada Gamescom 2017 bulan lepas, Blizzard mengumumkan peta kawasan terbaru buat permainan Overwatch, Junkertown. Kini Blizzard berkongsi lebih lanjut berkenaan peta tersebut termasuklah proses penghasilan dan juga sejarah bagi peta tersebut.

Menariknya Blizzard mengenalkan watak Queen Of Junkertown dimana beliau merupakan ketua bagi kawasan Junkertown tersebut. Buat masa sekarang, Blizzard tidak berkongsi sebarang informasi lain berkenaan watak tersebut, tetapi kita mungkin akan melihat lebih lanjut berkenaan watak Queen Of Junkertown dan kemungkinan untuk watak terbaru yang boleh dimainkan. Blizzard juga berkongsi berkenaan proses penghasilan audio bagi kawasan tersebut.

Peta kawasan Junkertown bakal tiba di Overwatch Playstation 4, Xbox One dan PC pada 19 September ini. Bagi anda yang ingin mencuba lebih awal, anda boleh mencubanya di Overwatch PTR di PC.

Sohor Kini