Minggu ini bersempena dengan acara tahunan Gamescom 2017, pihak Blizzard Entertainment telah mengambil pentas utama, dan mengumumkan penambahan kawasan baru untuk permainan Overwatch iaitu Junkertown.

Kawasan terbaru ini merupakan kawasan dalam bentuk Escort dimana pemain perlu membawa Payload yang mengandungi bom untuk dihantar ditengah kawasan Junkertown. Buat masa ini, Blizzard masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran dan penawaran peta baru ini untuk para pemain Overwatch, tetapi kami percaya ia bakal ditawarkan dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, pihak Blizzard turut mempertontonkan sebuah animasi pendek bersama watak Junkrat dan Roadhog.

Sohor Kini