Hari ini, pengguna twitter MysticDistance terjumpa sesuatu yang menarik iaitu kawasan asrama Iwatodai, iaitu tempat tinggal utama watak dari permainan Persona 3 di dalam Persona 5. Anda boleh menonton video tersebut dibawah.

Seperti yang dipertayangkan, kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang tekstur dalam bentuk 3D, hanyalah model 3D sahaja. Walaubagaimana pun, ini menunjukkan Atlus membuat 3D model untuk kawasan tersebut secara sengaja.

Sememangnya ini bukanlah kepastian berkenaan permainan Persona 3 bakal dipernambah-baikkan semula, malah ia mungkin 3D model yang digunakan untuk permainan Persona 3: Dancing Moon Night yang diumumkan bulan lepas.

Walaubagaimana pun, pada Februari 2016 lepas, Atlus mengadakan kaji selidik dengan peminat untuk mendapatkan tindak balas peminat, dan permainan Persona 3 HD Remake terdapat di dalam senarai permainan yang diminta oleh peminat.

Buat masa sekarang Atlus masih lagi belum mengeluar kata-kata rasmi dan kami di Aksiz akan mengemaskini berita ini pada masa akan datang. Akhir kata, jika Atlus ingin melancarkan kembali Persona 3 dalam bentuk pernambah-baikkan dengan taraf grafik dan visual Persona 5, ia merupakan berita gembira buat kesemua peminat siri permainan Persona.

Sohor Kini