Informasi Permainan Video Terkini
16 Pra-Tempahan Permainan PS4 Di PSN Yang Boleh Anda Lakukan Minggu Ini

16 Pra-Tempahan Permainan PS4 Di PSN Yang Boleh Anda Lakukan Minggu Ini

Diterbitkan pada July 12, 2017 oleh .

Sedang mencari sejumlah permainan baru yang ingin dimainkan dalam minggu-minggu atau bulang-bulan akan datang? Berikut adalah senarai permainan yang anda boleh membuat pra-tempahan di PSN Store mulai minggu ini.

1. Need For Speed Payback

Permainan siri terbaru Need For Speed Payback, bakal tiba di PS4 pada November 10 dengan harga RM219 edisi biasa dan RM299 edisi Deluxe. Anda boleh membuat pra-tempahan di PSN Store dan dapatkan tema NFS Payback dan Platinum Car Pack.  Dengan edisi Deluxe, anda akan dapat bermain permainan ini dengan 3 hari lebih awal pada 7 November.

Pra-tempah: Need For Speed Payback Edisi Biasa | Edisi Deluxe

2. Call Of Duty WWII

Siri terbaru Call Of Duty akan tiba pada 3 November ini dengan berkonsepkan perang dunia ke-dua. Permainan ini boleh dipra-tempah dengan harga RM229 edisi biasa dan RM379 edisi deluxe. Setiap pra-tempahan akan disertakan tema PS4 manakala edisi Deluxe akan disertakan bersama season pass.

Pra-tempah: CODWWII Edisi Biasa | Edisi Deluxe

3. Assassin’s Creed Origins

Assassin’s Creed Origins adalah permainan keluaran Ubisoft yang akan dilancarkan pada 27 Oktober dengan berharga RM230 edisi digital deluxe dan RM310 edisi digital gold. Bagi pelanggan Playstation Plus, diskaun 10% disertakan untuk kedua-dua edisi. Bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan, anda akan dapat misi tambahan Secrets of The First Pyramids.

Pra-tempah: Assassin’s Creed Origins Edisi Digital Deluxe | Edisi Digital Gold  

4. WWE 2k18

Permainan gusti, WWE 2k18 yang dinantikan peminat bakal tiba pada 17 Oktober berharga RM266 edisi biasa dan RM399 edisi deluxe. Bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan, anda akan mendapat tema PS4 dan bagi edisi deluxe, anda akan dapat bermain 4 hari lebih awal pada 13 Oktober.

Pra-tempah: WWE 2k18 Edisi Biasa | Edisi Deluxe  

5. FIFA 18

Peminat permainan bolasepak FIFA pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membuat pra-tempahan untuk permainan siri terbaru FIFA18 yang dilancarkan pada 29 September ini. Permainan ini berharga RM219 edisi biasa, RM329 edisi Icon dan RM299 edisi Ronaldo. Setiap pra-tempahan, pelanggan akan mendapat tema PS4 dan bagi edisi Icon dan edisi Ronaldo, pelanggan dapat bermain FIFA18 tiga hari lebih awal pada 26 September.

Pra-tempah: FIFA18 Edisi Biasa | Edisi Ronaldo | Edisi Icon 

6. Project Cars 2

Project Cars 2 siri kedua permainan perlumbaan dari Bandai Namco bakal tiba pada 22 September ini berharga RM239 edisi biasa dan RM339 edisi deluxe. Bagi pemain yang masih belum mempunya Project Cars 1, anda boleh membuat pra-tempahan bersama Project Cars 2 dan Project Cars 1 dengan harga RM329.

Pra-tempah: Project Cars 2 Edisi Biasa | Edisi Deluxe | Edisi Bundle  

7. Marvel VS Capcom: Infinite

Permainan perlawanan Marvel VS Capcom: Infinite akan tiba di PS4 pada 21 September ini berharga RM228 edisi biasa dan RM365 edisi deluxe. Setiap pra-tempahan akan disertakan tema PS4 dan kostum tambahan Ryu & Thor. Manakala edisi deluxe, pelanggan akan disertakan character pass iaitu DLC watak tambahan yang akan dilancarkan mengikut peringkat. Permainan ini juga disertakan Demo percuma yang anda boleh muat-turun di PSN Store.

Pra-tempah: Marvel VS Capcom: Infinite Edisi Biasa | Edisi Deluxe 

8. NBA 2k18

NBA 2k18 permainan bola keranjang dari Take2 bakal tiba pada 19 September berharga RM266 edisi biasa, RM443 edisi legend dan RM500 edisi legend gold. Edisi legend dan Edisi legend gold akan disertakan beberapa barangan tambahan seperti jersi dan kasut Shaq dan pemain dapat bermain 4 hari lebih awal pada 15 September.

Pra-tempah: NBA 2k18 Edisi Biasa | Edisi Legend | Edisi Legend Gold  

9. PES 2018

Pro Evolution Soccer 2018 permainan bolasepak dari Konami bagi dilancarkan pada 14 September dan boleh dipra-tempah dengan harga RM229 edisi biasa dan RM275 edisi FC Barcelona. Edisi FC Barcelona akan disertakan FCB Legend Agent, 1000 MyClub coin dan pelbagai lagi.

Pra-tempah: PES 2018  Edisi Biasa | Edisi FC Barcelona 

10. Destiny 2

Destiny 2 adalah permainan yang sangat dinantikan oleh pemain bakal tiba pada 6 September iaitu permainan Online Multiplayer First Person Shooter keluaran Bungie. Permainan ini boleh dipra-tempah berharga RM229 edisi biasa dan RM379 edisi deluxe. Edisi deluxe akan disertakan Expansion Pass dan Beta umum akan dilancarkan pada 19 Julai hingga 24 Julai.

Pra-tempah: Destiny 2 Edisi Biasa | Edisi Deluxe 

11. Yakuza Kiwami

Yakuza Kiwami adalah remake dari siri permainan Yakuza yang pertama yang dilancarkan pada PS2 pada tahun 2005. Permainan ini keluaran SEGA akan dilancarkan pada 30 Ogos dan setiap pra-tempahan akan disertakan tema PS4. Permainan ini hanyalah berharga RM89.90.

Pra-tempah: Yakuza Kiwami 

12. Everybody’s Golf

Permainan Everybody’s Golf akan dilancarkan pada 29 Ogos ini. Ia merupakan siri Hot Shots Golf yang terkenal di konsol Playstation. Pelanggan dapat membuat pra-tempahan permainan ini dengan harga RM149 edisi biasa dan RM229 edisi deluxe. Edisi deluxe akan disertakan bersama Season Pass. Bagi pelanggan PlaystationPlus, edisi deluxe dapat dipra-tempah dengan hanya RM206.10.

Pra-tempah: Everybody’s Golf Edisi Biasa | Edisi Deluxe

13. Madden NFL 2018

Madden NFL 2018 permainan bolasepak amerika bakal tiba di konsol PS4 pada 25 Ogos ini. Berharga RM219 edisi biasa dan RM299 edisi G.O.A.T. 

Pra-tempah: Madden NFL 2018 Edisi Biasa | Edisi G.O.A.T.

14. Agents Of Mayhem

Agents Of Mayhem permainan terbaru dari pengeluar siri Saint Row, Volition bakal tiba pada 18 Ogos ini pada harga RM239. Anda dapat menonton trailer terbaru permainan ini yang penuh aksi di sini.

Pra-tempah: Agents Of Mayhem

15. Sonic Mania

Sonic Mania iaitu siri permainan terbaru Sonic bakal dilancarkan pada 16 Ogos ini. Permainan ini mengimbas kembali artsyle permainan klasik Sonic yang pasti akan membuat para peminat tertarik dengan nostalgia siri asal Sonic The Hedgehog yang dilancarkan di Sega Genesis pada tahun 1991. Anda boleh membuat pra-tempahan permainan ini dengan hanya RM76.50 di PSN Store. Setiap pra-tempahan akan disertakan beberapa barangan seperti tema dan Avatar.

Pra-tempah: Sonic Mania 

16. Mega Man Legacy Collection 2

Bagi peminat siri Mega man, mesti tidak sabar dengan Mega Man Legacy Collection 2 yang bakal tiba 9 Ogos. Permainan ini akan disertakan Megaman 7, Megaman 8, Megaman 9 dan Megaman 10. Dengan hanya RM87, setiap pra-tempahan akan disertakan tema PS4 secara percuma. Bagi yang masih belum mempunya Mega Man Legacy Collection yang pertama, anda dapat membelinya sekarang dengan hanya RM54 di PSN Store. Mega Man Legacy Collection pertama mempunyai Mega Man 1 hingga 6.

Pra-tempah: Mega Man Legacy Collection 2 


TIPS & ULASAN