Informasi Permainan Video Terkini
Pemain Malaysia Bakal Mewakili Kejohanan EA Sports FIFA Online 3 SEA Open Championship 2017

Pemain Malaysia Bakal Mewakili Kejohanan EA Sports FIFA Online 3 SEA Open Championship 2017

Diterbitkan pada Sep 11, 2017 oleh .

Hasil kerjasama antara server Singapura dan Malaysia untuk permainan EA Sports FIFA Online 3, kini mereka bakal menghantar dua pemain terbaik solo e-sukan permainan tersebut ke Ha Noi, Vietnam – bersempena dengan kejohanan EA Sports FIFA Online 3 SEA Open Championship 2017 bermula 13 hingga 17 September. Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah wang bernilai RM94,000.

Bertempatkan di National Convenction Centre, kejohanan tersebut akan diwakili oleh pemain dari seluruh Asia Tenggara termasuklah dari Vietnam, China, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Mewakili Malaysia, Ryan ‘FDGxGA1’ Kan merupakan salah satu pemain terbaik EA Sports FIFA Online 13 pada tahun ini. Selepas kejayaan beliau di Sungei Wang Championship, Selangor Cyber Games, GSC Cyber Games dan juga Fantasy Cup: Road To Vietnam 2017, kini beliau bakal mewakili Malaysia untuk kejohanan EA Sports FIFA Online 3 SEA Open Championship 2017.

Manakala mewakili Singapure pula, Fardeen ‘ Fardinho ’ Hussein bakal melonjak naik selepas kejayaan beliau di Fantasy Cup: Road To Vietnam dan merupakan bekas tempat ketiga bagi kejohanan nasional.

Kami di Aksiz mengucapkan maju jaya buat pemain-pemain dan anda juga boleh memberi sokongan dengan melayari laman rasmi Facebook EA Sports FIFA Online 3 dan juga anda boleh menonton kejohanan tersebut secara langsung di laman rasmi Youtube EA Sports FIFA Online 3.