Lanjutan daripada pengumuman Kamen Rider: Climax Fighters minggu lepas, kini Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan perlawanan tersebut di Asia Tenggara termasuklah di Malaysia, iaitu pada 7 Disember. Edisi pelancaran tersebut bakal mengandungi suara latar Jepun bersama sari kata Inggeris dan ia merupakan siri permainan Kamen Rider yang pertama bakal dilancarkan pada peringkat global.

Permainan Kamen Rider: Climax Fighters merupakan permainan perlawanan yang dibangun oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal menyertakan kesemua Heisei Kamen Rider iaitu dari Kamen Rider Kuuga sehingga lah Kamen Rider Build. Bentuk permainannya merangkumi beberapa mod termasuk lah satu lawan satu dan dua lawan dua dan juga mod perlawanan secara atas-talian. Manakala dari segi bentuk permainan, ia seakan Dragonball Xenoverse dimana perlawanan dalam bentuk 3D dan anad bakal menggunakan kawasan tempat perlawanan untuk bertarung dan menggunakan teknik-teknik strategi untuk kalahkan musuh.

Kamen Rider: Climax Fighters bakal dilancarkan di Playstation 4 pada 7 Disember ini. Bagi peminat Kamen Rider, adakah anda akan mendapatkan permainan ini?

Sohor Kini